Blogger Templates

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, 17 October 2012

SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA (SPE)

<strike>

BAB 4
Pemikiran Sebagai Asas Etika dan Nilai-Nilai Moral

ETIKA
-ialah sistem kepercayaan kepada moral untuk mengawal tingkah laku manusia.
-merupakan kajian tentang apa yang betul dan salah.
-perkataan etika daripada Greek ialah ethos (perangai), Latin ialah mores (moral).
-ilmu falsafah etika dikatakan sebagai falsafah moral iaitu cabang ilmu falsafah yang baik atau yang buruk.

Etika dibahagikan kepada 3 iaitu:
-etika meta
-etika normatif
-etika gunaan

Etika meta
-bermaksud "disebalik apa yang dapat dilihat dengan mata kasar".
-melibatkan persoalan-persoalan ghaib seperti kuasa tuhan, keagamaan, peranan akal.
-melibatkan metafizikal, psikologikal dan linguistik.

Etika normatif
-membuat kritikan dan melakukan penilaian ke atas etika moral dan mencadangkan satu sistem untuk semua.
-teori deontologikal iaitu menilai baik buruk berdasarkan tindakan.
-teori teleologikal pula menilai baik buruk berdasarkan kesan tindakan.

Etika gunaan
-membincangkan isu-isu khusus dalam kehidupan seharian.
-menggubal dan mencari penyelesaian terhadap masalah semasa.

Aliran-aliran etika

1)Utilitarianisme
-bermaksud guna, berguna atau kegunaan.
-keputusan yang dibuat bergantung kepada hasil yang diperoleh.
-matlamat adalah untuk memberi kebaikan kepada masyarakat.

2)Hedonisme
-menentukan matlamat kehidupan yang mendatangkan kebaikan.
-mementingkan keseronokan dan kesenangan hidup.

3)Ekasistensialisme
-berpaksikan kebebasan dan individu bebas membuat pilihan berdasarkan sumber.
-ada 3 bentuk kebebasan iaitu kebebesan jasmani, kebebasan kehendak dan kebebasan moral.

AKHLAK ISLAM
-pembentukkan akhlak yang diberi perhatian melalui displin, kaedah dan tatacara yang ditelani oleh Rasulullah SAW.
-tokoh Tasawuf berpendapat ia menyenangkan, lembah lembut dalam pergaulan, berseri wajah, sedikit   perselisihan dan baik percakapan.

Hubungan Akhlak Dengan Ilmu Tasawuf
-tasawuf ialah akhlak yang mesti dipraktikkan oleh setiap individu muslim yang sejati.
-akhlak berasal daripada al-quran dan al-sunnah.

Cara membentuk akhlak
-melalui latihan
-memberi tumpuan kepada adab-adab seharian

Faedah akhlak
-merupakan benteng yang kukuh dan jalan yang mudah untuk mendekati diri kepada Allah S.W.T
-4 perkara yang mengangkat seorang hamba iaitu sopan santun, merendah diri, pemurah dan baik akhlak.

Matlamat Akhlak
-membentuk manusia ke arah yang lebih baik.
-pada mulanya akhlak mereka bahagia dan akhirnya terpuji.
-akhlak yang terbentuk terbahagi kepada 3 bahagian:
1. baik akhlak bersama allah SWT
2. baik akhlak sesama manusia
3. baik akhlak terhadap diri sendiri